MySejahtera Digunakan Sebagai Sistem Janji Temu Di Semua Fasiliti Kesihatan

MySejahtera Digunakan Sebagai Sistem Janji Temu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini berkongsi mengatakan aplikasi MySejahtera akan digunakan sebagai sistem janji temu untuk semua fasiliti kesihatan primer seluruh negara.

Hal ini sekaligus akan mengatasi masalah masa menunggu yang lama, disamping turut memberikan peringatan kepada pesakit untuk menghadiri janji temu mengikut jadual. 

Perkhidmatan ini akan turut meliputi rawatan pesakut luar, saringan kesihatan PeKa B40, saringan pra-perkahwinan, pemeriksaan kesihatan pra-pekerjaan / pra-pengajian, perkhidmatan perancang keluarga, proseudr (rawatan luka), dan juga inisiatif saringan kesihatan kebangsaan.

Dengan penggunaan sistem janji temu ini, ia akan memudahkan pengaturan jadual mengikut kapasiti, dan mengelak kesesakkan di tempat pendaftaran dan menunggu.

Perkhidmatan ini telah dimulakan di 673 klinik kesihatan secara berfasa. KKM turut menyatakan sistem janji temu aplikasi MySejahtera bagi tahun 2023 telah pun dimulakan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!