Cara Mudah Berkongsi Gambar Pada Resolusi Tertinggi

Kebiasaan, gambar-gambar yang diambil bakal dikongsi bersama. Bagi kebanyakan pengguna, aplikasi WhatsApp atau Telegram merupakan antara medium yang sering menjadi pilihan utama. Tetapi tahukah anda, sebenarnya terdapat juga cara efisien lain yang boleh digunakan?

Quick Share

Dengan Quick Share, anda boleh berkongsi pelbagai jenis fail termasuklah foto, video dan fail dengan rakan-rakan serta keluarga tersayang. Quick Share boleh digunakan oleh pengguna peranti Samsung Galaxy dan boleh dikongsi kepada sehingga lima peranti yang menyokong tanpa perlu menghubungkannya terlebih dahulu. Anda hanya perlu memilih fail yang diingini kemudian lakukan perkongsian dengan mudah.

Dalam sama sama, anda juga mempunyai dua pilihan untuk perkongsian, sama ada kenalan sahaja atau semua peranti yang menyokong. Bukan itu sahaja, pilihan perkongsian menggunakan Wi-Fi sahaja turut tersedia. Dalam masa sama, Quick Share turut membenarkan fail yang dihantar atau diterima dihapuskan secara automatik menerusi tetapan. Untuk proses yang lebih lancar, anda perlu memastikan Quick Share dikemaskini kepada versi terkini.

Files by Google

Seterusnya, Files by Google juga antara aplikasi yang turut menjadi tumpuan ramai pengguna. Ia turut menyokong perkongsian fail secara nirwayar untuk pemindahan antara dua peranti dengan lebih mudah. Perkongsian menerusi Files by Google boleh dilakukan tanpa menggunakan data mudah alih atau sambungan Wi-Fi. Tetapi yang penting adalah anda perlu pastikan masing-masing mempunyai aplikasi ini. Jika sebaliknya, ia perlu dimuat-turun terlebih dahulu daripada Google Play Store. Untuk makluman, Files by Google akan mengaktifkan bluetooth secara automatik apabila anda menghantar atau menerima fail.

Nearby Share

Selain daripada Quick Share dan Files by Google, satu lagi cara perkongsian fail yang boleh digunakan adalah menggunakan Nearby Share. Ia boleh menghantar dan menerima fail di antara peranti Android yang berdekatan. Perkongsian boleh dilakukan dengan mudah dan cepat dengan beberapa langkah mudah. Ia bukan sahaja boleh berfungsi di antara dua peranti daripada jenama yang sama. Malahan, turut boleh digunakan pada peranti lain yang menyokong. Sama seperti Quick Share, ia turut membenarkan perkongsian secara berkumpulan, sekaligus fail dihantar pada berbilang peranti secara serentak.

Mobile Direct Fast Exchange (Mi Share, Oppo Share, Vivo Share, Realme Share)

Mobile Direct Fast Exchange atau juga dikenali sebagai penyeragaman sistem pemindahan fail turut berfungsi sebagai platform perkongsian fail. Terdapat enam pengeluar yang telah bersetuju untuk menggunakan protokol ini. Ianya terdiri dengan OnePlus, Realme Meizu, Oppo, Xiaomi dan Blackshark. Menerusi sistem ini, penghantaran fail bersaiz besar menjadi lebih mudah dan lebih stabil berbanding fungsi Bluetooth.

Send Anywhere

Sebagai pilihan lain, anda juga boleh menggunakan aplikasi Send Anywhere. Ia merupakan perkongsian fail yang juga menyokong perkongsian melalui Wi-Fi. Ia sangat mudah untuk digunakan dan anda boleh menghantar serta menerima pelbagai jenis fail. Ia merangkumi gambar, video dan sebagainya.

Terdapat dua cara perkongsian yang boleh digunakan, sama ada kod QR atau kod 6 digit. Pada masa sama, tiada had saiz untuk setiap perkongsian yang dibuat. Antara platform yang disokong termasuklah Android, iOS, Windows, Mac dan Linux. Untuk makluman semua, ia juga tidak memerlukan sebarang proses log masuk atau pendaftaran akaun.

Jadi, itulah sedikit sebanyak perkongsian daripada kami bagi membantu memudahkan anda berkongsi gambar raya kelak. Sekiranya anda mempunyai sebarang aplikasi atau cara perkongsian lain, jangan segan-silu untuk berkongsi untuk manfaat bersama

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!