Ciri baharu Menghantar Mesej Pada Diri Sendiri Di WhatsApp

Ciri baharu Menghantar Mesej Pada Diri Sendiri Di WhatsApp

Perkongsian baharu di laman Wabetainfo kini memaklumkan yang mana WhatsApp sedang menguji beberapa penambahbaikan untuk ciri menghantar mesej pada diri sendiri. Setakat ini, ia juga telah mula diedarkan untuk beberapa pengguna WhatsApp beta peranti Android dan iOS.

Seperti namanya, ciri yang dikenali sebagai Messages With Yourself ini membolehkan pengguna untuk menghantar sebarang bentuk mesej pada nombor telefon sendiri. Melaluinya ia akan memaparkan ruangan sembang dengan nombor telefon pengguna itu sendiri bersama kapsyen yang berbeza.

Ciri baharu Menghantar Mesej Pada Diri Sendiri Di WhatsApp

Ciri ini akan memaparkan kapsyen Me (You) dan Message Yourself pada bahagian informasi kontak, sekaligus bermakna segala mesej yang dihantar adalah pada nombor telefon sendiri. Dalam masa sama, mesej tersebut juga akan diselaraskan ke semua peranti terpaut yang bermakna ia turut boleh diakses menerusi platform seperti WhatsApp Web.

Pembaharuan ini boleh dianggap menarik kerana ia bukan sahaja memudahkan pengguna untuk menyimpan mesej dan nota untuk rujukan sementara atau masa hadapan. Malahan, ia juga semestinya tidak lagi menyusahkan mana-mana pihak atau rakan sekerja dengan rutin biasa segelintir pengguna yang gemar “menumpang” mesej sementara.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!