Google Dilaporkan Akan Membangunkan Kaca Mata Pintar Generasi Baharu


Google beberapa tahun dahulu telah hadir dengan Google Glass. Namun, ketika itu teknologi berkenaan dilihat terlalu awal. Kini, dengan perkembangan sihat arena realiti-terimbuh dan permulaan perbincangan alam meta, Google dilaporkan sedang membangunkan kaca mata pintar baharu.

Baca Juga : Merentas Masa Menggunakan Google StreetView


Google sedang membangunkan generasi baharu kaca mata pintar mereka, dan turut mengambil kepakaran daripada pengambil-alihan North pada 2020, iaitu salah pembangun kaca mata pintar.

Baca Juga : Syarat Yang Diperlukan Untuk Pengguna TikTok Terima Sumbangan Duit Melalui Ciri 'Tips'

Sebelum ini juga, ia telah dilaporkan Google sedang membangunkan sistem operasi baharu untuk AR.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Google merancang memperkenalkan penawaran generasi baharu mereka. Tetapi, dengan Apple merancang memperkenalkan set kepala mereka seawal tahun ini, tidak mustahil kita melihat penawaran Google dalam masa lebih kurang sama juga.



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!