Syarat Yang Diperlukan Untuk Pengguna TikTok Terima Sumbangan Duit Melalui Ciri 'Tips'

Ciri memberi tip atau sumbangan pada pencipta kandungan bukan satu fungsi baru sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan YouTube dan Twitter sudah pun hadir dengan Super Chat dan Twitter Tips. Seorang pencipta kandungan di TikTok, Jera Bean berkongsi bagaimana ciri 'Tips' tersebut secara tidak sengaja diterokainya semasa menggunakan aplikasi tersebut.
Antara syarat untuk layak menggunakan fungsi tersebut adalah perlu mempunyai sekurang-kurangnya 100,000 pengikut dan melepasi had umur. Selain itu, dikhabarkan bahawa semua tip atau sumbangan yang diberi akan diterima sepenuhnya oleh pencipta kandungan tanpa campur tangan TikTok.

Buat masa ini, ciri ini masih diuji hanya pada beberapa pengguna dan tidak dipastikan bilakah ia akan diperluaskan ke pengguna seluruh dunia

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!